Monday, 4 February 2013

Happy Birthday !



Ni yang birthday awal awal tahun ni kenapa ? Kan padan muka tak dapat hadiah . Memandangkan awal awal tahun lagi , semua orang tengah berpusu pusu lagi nak cari kerja cari duit . Apatah lagi aku ni yang tak kerja , memang sah sah la tak dapat gaji apa semua nak beli apa apa kan .

Untungnya , pak aku siap cuti lagi sempena birthday mak . Dah biasa abah susah nak cuti , asyik dengan kerja memanjang . Acane tak melting nye aku kat situ . Sweet sampai ke tua . HAHA . Aku nak lagutu jugak ! :D . Nak dijadikan cerita , maka keluar la kami outing family semata mata untuk makan sebagai tanda menghargai mama tercinta sangat ni haa .




sisa makanan je sempat di-snap . yang lain semua dah ditelan dengan rakusnyaa . mwehehehe



*Gambar yang diraikan tidak dimuatnaik memandangkan beliau buat 'duckface' semasa di-capture . HIHI . So memandang tinggal kami dua beradik , dengan nafsu makan yang membuak buak plus minus memang perut aku tengah lapar masa tu , hadap je la semua makanan . Nasib baik gelas ngan pinggan tu takleh makan , kalau tak agak la aku nak telan semua sekali . Ya Allah , nafsu sunggoh aku . Last last masa aku dah habis hadap nasi tu , "mak , ni boleh tak akak nak makan ikan ni dalam pinggan ni besar je ? " . "hah makan je la" . Dengan hati yang terbuka aku dok ratah ikan kerapu yang dimasak tiga rasa tu . Nama je tiga rasa . Tapi yang aku dapat rasa , cuma dua rasa . Mungkin sensor lidah tak dapat menafsir dengan baik kot . XD . Untunglah time tu tak ramai orang . Ni kalau bakal mak mertua tengok gaya aku ratah ikan tu , confirm confirm dah kena kutuk . Takda dah nak cover makan masa tu .

Settle makan apa semua tu , siap bayar costly around RM80 kira murah la berbanding makan secara buffet di hotel bagi sorang dewasa makan dah berapa kena caj kan . Haa yedak ? . Memandangkan 2hb abah baru balik dari KL dan akan ke KL lg pada 4hb , dari situ aku nampak dah betapa gigihnya abah cuti 3hb semata  mata birthday my mom . Betapa kuatnya ikatan kasih sayang orang yang dah kaweeen ni ye . So atas dasar pengorbanan abah yang sanggup cuti tu , maka kami korbankan masa shopping untuk beri laluan abah rehat lebih sikit w/pun abah dah tanya banyak kali untuk shopping . Tahan je la nafsu masa tu . Sabar , sabar ! 


Specially for you mom , semoga dapat bertahan dengan perangai anak mak yang loklaq sorang ni . Hehe.  *yang lain punya wishes dah terkandung dalam doa harian ;)


All in all , that's all for our date . Sebelum lagi parah aku terlupa , happy birthday to this three guys : my second brother (1st Feb) , my cousin Fairuz (2nd Feb) and atoks (4th Feb) . May Allah bless all of you + may your wishes comes true . ;) Dah la birthday berturut turut , senang aku nak wish sekaligus . 



**********************************************************************************************************************

# IKLAN !
*sempat lagi nak menyelit


"mak, your future in-law kawan akak cakappp happy birthday kat mak ! Hari ni birthday dia pulak . Nak balas hapee ?"

"cakap kat dia terima kasih +  tanya dia hadiah mana ? "  "ouh hari ni birthday dia ye , kctaw mak cakap happy birthday kat dia ok"




Nah ambik ni . Berjaya edit sikit je sekadar gantian you punya gambar sebab i takda gambar you . :D
 Sorry bro tak wish you punya birthday awal awal . Bukan lupa tapi sengaja dilupakan sebab nak jugak tengok you punya respon cemana . Hehe . Hopefully may I be the last person who wish your day so there's no other person besides me who will be the last wishes on your day . XD. May our friendship will be long lasting till the end .






-THE END-

No comments:

Post a Comment