Thursday, 28 March 2013

Aku, paww & ain



Begin with the malay tittle , so next will be on malay too ! yeay :D sekurang-kurangnya takda la sentap sangat otak yang malas nak baca english version tu .

Meh mengimbau kembali meh zaman tahun lepas di mana zaman aku mulai bergelar menjadi seorang calon SPM 2012 . Bermula dengan memasuki kelas target sekolah yang diberi nama 5 UTM . Kelas yang diberi kepercayaan untuk kasi kebaboom result sekolah tapi sadisnya, apesal aku ada sekali oiii ??! ugh nyampah . Padahal satu batch memang pandai . ok ni dia secebis nota yang aku buat sempena kemasukan aku ke kelas tu . XD


Bebudak kelas tu semua ok, ada masa belajar, rajin buat kerja, dan kekadang tu ada masa bergelak ketawa berderai derai . Aku ni mintak tukar kelas bukan sebab hapa, life aku memang takleh nak kena  push . Hidup aku mulai terasa bebas masa form three sejak aku dibuang kelas A ke kelas D memandangkan aku reject B.Arab plus minus gred aku E . Masa tu baru nak kenal 'dunia' sebab life budak kelas first ngan budak kelas belakang belakang ni lain . Cikgu pon pandang tak pandang je . Kira masa tu la aku nak belajar dengan tenang tanpa sebarang tekanan dari cikgu . serius talk, aku rajin sikit masa form three dedulu nak buat latihan tambahan . Hehe . Next year (2011) , aku dapat kelas UTM . Memang tak laa aku . Ponteng kelas merayau rayau cari cikgu nak mintak tukar . Nasib baik dilayan . 


Naik form five dapat lagi kelas tu . Apa kebenda la nasib aku . Merayu mintak tukar lagi tapi malangnya tak dilayan sampai kena kaunseling . Ambik nak padan muka . Terpaksa redha walaupun tangan aku selalu berat nak tulis nama UTM kat ruangan kelas tu . Babun sangat perangai . 

*OK habis flashback zaman sekolah*


22th 0f March, my SPM's result was taken by me. Terkejut nau tengok result . But why ? Sebabnya , masa study memang dok sedap merayau + tido + dengar mp . Alih alih pegang buku masa terdesak nak siapkan homework . Adik adik junior, korang jangan ikut perangai tak senonoh aku . Result yang aku dapat aku bersyukur dan tak sangka pon boleh sama ngan orang yang study struggle gegila . Kesian kan dia ? Bila tanya cikgu kenapa jadi camtu kenapa jadi camni , cikgu kata "otak manusia lain lain" Aku tanya lagi, "tapi cikguuuu dia study kuat nau sedangkan saya ni ermmmmm no komen HAHA " . Cikgu balas, "kan sy dah kata td otak manusia lain lain . mungkin dia kena belajar camtu baru dia dapat kalau dia dok relax macam awak, mungkin result dia lagi teruk" ok faham kan . Lepas berborak sama cikgu shahiri ngan cikgu nani baru aku jumpa si wani paww. Maka bergerak la kami menuju ke pejabat untuk ambil result . Lama punya tunggu apalagi kami pon dok usha ustaz amran . Then i asked him, "ustaz meh la taknak bagi saya hadiah ke ?" . *sambil keluarkan rotan lama beliau yang dah naif tu* Ustaz suruh bawa balik rotan dia tu nak buat kenangan . Tapi aku tak jadi ambil sebab rotan tu panjang nau nazak lagi malu ah nak usung ke hulu ke hilir .


Tak sempat habis sembang kencang kami, ustaz kena pergi ada urusan nak jumpa tetamu :(( berlalu la kami dari situ setelah dapat slip result dan terus mencari sumber rezeki. Seperti biasa Koop la aku dok hadap . Kebetulan cikgu Adon yang pemurah tu ada, dapat free je la minum nescafe latte yang selalu jadi ketagihan aku tu . Disebabkan hari Jumaat masa belajar yang tak berapa lama kami beredar dari situ merayau rayau cari menda lain . Sementara tunggu ayah si ain ni datang ambil tetiba ada kelibat ustazah maziah yang teruja sangat nak balik ambil anak dia. Nasib baik sempat sekat dia dari terus berlalu . :)







Dah sampai masa balik wani teman masuk asrama sebab aku balik sekali ngan adik aku memandang aku malas naik bas sesorang . Cehh paww tu bila dah masuk aspuri girls serbu dia macam retisss aku ni dok tengok jaa tak tentu hala macam budak luar . Nampak sangat aku tak pemes . Habis habis jumpa semua aku gi naik bilik adik aku tumpang tido sama . Sempat la merasa suasana asrama kejap . Tengah tengah syok main fon tu tetibaaa cikgu ayu melintas dan stop depan bilik sambil hulur tangan dia . Ada hati ohh dia nak rampas hempon murahan aku tu . Nasib baik sempat explain kata yang aku ni ex student situ . Ketar lutut aku fikir cikgu ni pehal ? Kalau aku ni bodoh sangat la kan dah lama melayang E7 aku masa tu . Sebenarnya cikgu tu  jelesss kot selama aku bawa fon dulu tak pernah kantoi . Sebab tu orang pesan nak hidup kena 'pandai' .



latest view from  level 3 of block C of aspuri  


Settle semua aku balik maka berakhir lah cerita aku . Ramai yang tak sangka result yang memasing dapat .  Yang aku ni kira rezeki dah dapat camtu memandangkan aku seorang insan malas yang bertuah selalu dapat apa yang tak disangka meskipun banyak ruang kosong yang aku tinggal pada ruangan jawapan pd paper exam dulu. Baidawe, SPM batch 95 berjaya naikkan sikit pointer sekolah . Glad to know that .  For those who not achieve your target, dont be sad . And maybe there's some reason why you got like what you have now. Allah always have the right things for us . Maybe not now and maybe He will show us later . Just keep trying . Also not forget to those who keep pray for me . Thank you ; )

"Hidup ni kalau nak berjaya jangan nak menyombong sangat dengan apa yang ada. Tak baik pandang rendah kebolehan orang lain. Allah tu adil."


*aku rasa terlalu keterluan dan terlalu annoying cerita aku bila update in malay edition and i feel always like that before*

sekian.
http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment