Friday 1 February 2013

Failure



Bunyi macam sedap je kan ? Oh ye macam tu la rasa sebuah hati yang kurang cemerlang , punya kegembiraan tatkala orang lain ditimpa musibah . Ok jom berfikir cara bijak sikit . Orang yang cemerlang ni takkan ada rasa nak ambil kesempatan atas kesusahan orang lain . Kau fikir kau bagus buat camtu ?



Siapa saja yang lahir lahir terus boleh berjaya capai apa apa yang mereka nak ? Kalau betul la ada dah lama aku masuk meminang . Cepat sikit aku boleh untung . Hehe . Gurau je kot . Btw , sini aku nak cerita sikit pasal kegagalan memandangkan aku pun baru lepas mengalami kegagalan . Frust menungging aku tau . Alkisahnya bermula...bila aku terpaksa turut kehendak mak aku yang beriya sangat nak dia punya third kids ni ada lesen sendiri , senang nak gi mana mana , memudahkan pak aku melamar binatang empat kaki bulat bulat yang baru . Agak agak ah sendiri . "segala perintahmu ku turuti mrs mama" . Ye aku ikut tapi sayangnya aku ni kalau dah malas memang malas sungguh . Senang cerita la , aku tak pass computerized static test part one for the first and second time . Sama markah pulak tu . Cemana la aku tak bengang bila dah berhempas pulas aku baca buku sampai lewat malam tapi urghh . Sedangkan SPM aku pon takda la sampai macam ni rupa. First time tu agak la failed sebab melayan laman sosial sampai le-lewat malam then pagi masa tunggu orang datang ambil baru nak baca . Disebabkan kali pertama aku dah kecundang , peluang kedua aku sahut cabaran dengan membaca buku yang sama  dan segala keduniaan ditinggalkan rela sekejap . Tragis betul rasa hidup macam tu . Malangnya aku rugi sebab aku tak lepas lagiiiiii . Allah je tahu betapa hebatnya emosi aku bertarung dengan semangat hidup aku yang macam dah lifeless sangat masa tu .

 After all stuff passes through the time , Ive found my two lovely friend for seeking their advices .

"ka ni kelakor la . orang cakap senang ka cakap susah . orang cakap susah kau boleh pulak buat . Takpe la , ka cube la lagi yerk . Dah takyah sedih sedih . Aku pulak yang frust .  Kalau rumah ka dekat sini lama dah aku datang melawat"--Basyirah/roommate '12 *aku terharu gila. :D

"takpe la , lain kali cuba lagi . jangan putus asa . "-- Ir. Syazwan *pepandai aku je letak pangkat tetiba . :D who knows it'll comes true soon


Bertenang punya bertenang sampai nak bertendang pon aku rasa , aku gagahkan diri . ecewah . Tiba la hari yang bertarikh 27Jan , masa untuk peluang ketiga . Yeay ! Memandangkan strategi pertama dan kedua tergadai so tukar plan ah . Berbekalkan lamunan masa nampak kucing yang kiut lagi cun sebelum jawab exam , tenang lah sikit hati ni even i was with no hopes to win the title to pass the test . Lama punya lama tunggu giliran , bila dah sampai giliran aku then dengan muka macam dah habis redha sangat aku masuk duduk macam orang pemalas tahap .


Setengah jam kemudian..tertekan la left click terhadap button 'tamatkan sesi' disitu . Muka memang habis redha dah masa tu dan memang niat dari awal taknak tengok result sebab takut frust lagi . Tapi apakan daya result terus keluar , terpapar lah segalanya . Terang kemain bijik mata aku masa tengok perkataan "lulus" kat skrin tu . Alhamdulillah . :) . I felt like my heart were covered with the layer of flowers and sweets . Hiperbola sunggoh . Seperti biasa , aku ni kalau happy memang muka aku tak pandai menipu . Bangun je muka dah tersenyum lebar keluar dari bilik tu . Agak la sesiapa yang jumpa aku kat mana mana tetiba sesenyum sendiri memang ada yang akan cakap aku ni gila . Lantak ah , tak rugi pon kan nak senyum .


*Balik rumah* Tengok luar rumah , "ni apehal yang banyak sangat kereta kat luar ni ?" "Rombongan meminang ke ape ni " .  Tertanya tanya sendiri aku . Dengan bebudak kecik nye lari lari sana sini entah sapa pon aku tak kenal . Dengan semangat berkobar kobar nak tau aku masuk rumah . Ada pulak makcik and akak akak yang aku tak kenal . Then I shake hand with them to show my respect even I don't who are them . Cepat cepat cari mak yang penting tu dulu kat dapur sebab nak tau sapa mereka semua ni . "haa ni la sepupu mak"-my mom . Punya la bingai sangat aku ni sampai keluarga sendiri pon tak kenal . "lulus tak akak ?" . *Cover muka dah tu kononnye tak sanggup nak respon hapa hapa* Terasa kesian pulak buat mak macam tu . "boleh laa , lepas ni takyah repeat lagi" . hihi . "Bagus la tu . Ni kalau tak pass lagi ni sah sah dah balik terus menangis" . Yang aku ni masa tu dah errr . Tolong je la apa yang patut . Terpaksa korbankan hasrat aku nak terus terlentang bila sampai rumah .

Lepas bereh apa semua tu , maka bersiap siap la aku untuk hantar adik aku ni balik asrama . Memang berjalan aje la kerja aku seharian . Nasib baik la mood okay . Kalau tak , memang dah tak lama kot aku ni . Ive my own way to release my stress .

"Supposing you have tried and failed again and again . You may have a fresh start any moment you choose , for this thing we call 'failure' is not the falling down , but the staying down" -- Mary Pickford

#sekian sahaja cerita seharian aku pada ahad yang lepas . Apa apa hal pon meh aku nak nasihat sikit . *cehh . Kalau dah tension tahap tu , do something positive and please dont act like me as ive been done something wrong to release it all . yes bad action of course . Thank you for those who are always supporting me , giving me advices and always stay by my side . ; )



No comments:

Post a Comment