Thursday 31 January 2013

se-imbas lalu :: post cinta



Pernah ada yang tanya aku , "bagi awak cinta tu apa ?" . "Bagi saya cinta tu untuk si dia yang halal bagi kita" .  *jujur la bagi aku , taktau pulak apa pandangan orang . entah tetiba je ayat tu boleh keluar . Yup , cinta tu terlalu suci dan tak boleh disalahgunakan free free je tanpa ikatan yang sah dan halal . Jiwang tak aku ? HEHE



Cinta cinta cinta . Ni kalau bebudak bawah umur ni memang sedap kena 'goreng' dengan perkataan "cinta" . Oh myyyy . HAHA . Melting tak tentu pasal . Belajar sekolah pon tak habis lagi pon dah gatai ye . Alaa biasa la hormon lebihan tumbesaran . :D

Bukan apa , dulu dulu pon aku pernah terjebak dalam menda menda ni semua . Ye aku akui tu memang kesilapan yang aku buat dan aku berharap takkan berulang lagi . Bukan serik sebab dikecewakan ke hape cuma terlintas jugak dek fikiran aku kenapa aku buat semua ni ? Perlu ke ? Padahal apa aku buat tu semua status 'couple' semata mata . Kat situ saja dah mencemarkan duli status diri kan , padahal date pon tak cuma bila orang dah cakap "eh dia ni dulu pernah je couple'' saja dah membuatkan rasa diri ni tercabar . Tak ke gitu ?

Sebelum keterlanjuran aku dok buat menda yang takda faedah , so lebih baik la bertindak secara bijak . Berbincang secara elok tu kan lebih elok , bukannya nak tunjuk alim . Takda salahnya kalau nak perbetulkan diri di samping orang lain jugak . Ada yang tau tapi buat buat taktau . Dan ada jugak yang tau tapi tak sanggup buat keputusan . Dulu aku pon macam tu jugak , disebabkan jarang buat keputusan sendiri so aku gigihkan diri untuk memberitahu si dia tentang tentang hasrat aku . Ecewah . HIHI . Sebenarnya dah setahun kot aku tinggalkan ni semua . Seriously memang susah nak buat keputusan untuk berpisah . Ok ni semua sekadar flashback . Betapa gigihnya aku menceritakan kembali . :D

Kepada yang masih belum dicemari dek status 'couple' ni ok aku ucapkan tahniah . Tapi jangan nak membongkak sangat sampai jadi pada seorang hamba Allah yang sorang ni . Pehhh dia dulu cakap kemain bangga tak pernah couple , last last dia kecundang . Jilat lah kau ludah sendiri . Sekarang kau yang terlalu desperate dengan boipren kau sampai memang dah tak boleh nak renggang . Mudah mudahan sedar la . So ni dia link yang boleh menjawab pertanyaan buat korang yang taktau . Luangkan masa nak baca . KLIK SINI !



# Errr aku out dulu . Cerita peberet dah start . XD

Monday 21 January 2013

Kata kata dari ex SPian


Bila kebosanan melanda diri plus minus duduk rumah ni memang menganggur semata mata sampai kalau kau nak petik anggur yang aku tanam belakang rumah ni pon dah boleh rasanya . Nampak sangat ke menipu ? Memang . So nak dijadikan cerita , aku blogwalking sana sini untuk dijadikan santapan harian seperti biasa . Aku rasa lebih baik aku baca secara online dari baca secara manual . Serius aku malas . Tetiba teringat pulak sekolah tercinta ni , so aku apelagi usha la blog sekolah . *warga setia kot ni dari dulu asyik usha blog sekolah. Hehe :D


Secebis header blog sekolah




Baca punya baca then aku terjumpa satu entry yang menarik perhatian aku sebab bila dah tengok tajuk dia pon dah boleh buat aku tertanya tanya. When I just click read more , suddenly...voice of Sudirman comes out ! Dengar lagu Sudirman tu pun dah buat muka aku lagi serius . Ni lah diaaa . TARAAAAAAAAAAA !

Itu first rating aku punya. Hehe. click to enlarge


Disebabkan takda ruangan komen kat situ , tu pasai aku komen kat blog aku sendiri . Kalau betul ada ruang komen dah lama aku tulis sampai satu paragraph cenggini . Over ok over . Jadi siapakah insan yang bernama admin yang tulis blog pakai tulisan camtu selama ni ? Guess who ? Firasat aku kuat menyatakan cikgu Khiza. Sebab dari ciri ciri pengalaman cikgu mengajar di sekolah pun dah dapat agak . Kalau betul la cikgu khiza orangnya , aku sedih + aku terkilan . Betul ni tak tipu sebab niat aku nak jumpa beliau masa datang nak ambil result nanti . Cikgu dah banyak berjasa ngan saya even baru setahun saya kenal cikgu + saya belajar fizik dengan cikgu . Banyak menda dah belajar dengan cikgu sampai ke tahap politik pun kita dah bahaskan . So memang patutlah cikgu kata kat bebudak kelas lain yang saya ni kuat politik . Haha . Sekiranya betul la firasat aku , maknanya tercapai jugak la hasrat cikgu selama ni nak tukar sekolah . Cikgu ni baik sangat sampaikan sekecil kecil hal pon dia layan kalau aku tanya berbanding cikgu cikgu lain kalau aku tanya sikit dah cakap pening kepala la cakap aku ni merepek la berfikiran jauh sangat la hape hape la . Serius cikgu ni memang cool , terbaikkk ! :) Memang untung ah kalau sesapa jadi student dia .  Promote cikgu pulak aku ni . Well , aku sayang cikgu ni macam pak aku sendiri even ngan pak aku sendiri pun aku lebih banyak bisu .




#SP dah dapat pengetua baru . Dulu SHAH dapat anugerah sekolah kluster , SP pun turut dapat . Sekarang SHAH dah dapat SBT , SP bila lagi woiii ?! ye aku tau SHAH tu SBP so SPian yang lain jadikan la tu pembakar semangat . Pehhh aku ni cakap nak lebih sokmo , mentang mentang la dah tak sekolah situ . XD


Friday 18 January 2013

Maaf , Rindu dan Sayang



Aku kembali lagi untuk merepek . Yeayyyy ! Ok tipu je . Kali ni serius . Bukan senang aku nak serius . Cehhh . Tengok title je mesti ada yang anggap aku nak berjiwaang jiwang kan . Mustahil mustahil . Sebenarnya aku bertujuan nak expain-kan nyaa . ohh ye .



Bermula dari maaf . Semua orang akan mintak maaf terutama mereka yang ada hati rasa bersalah yang sedar mana silap diri . Haa yedak ? "Maaf , cakap senang lah tapi orang yang menanggug rasa ni ?" . Bagi aku je la , disakiti memang perit tak dinafikan tapi apa lah salahnya kalau nak memaafkan . Sedangkan nabi yang maksum tu pun memaafkan . "Itu nabi , aku ni manusia biasa"-dialog biasa dengar *teringat masa amar asyraf cakap dalam cerita setia hujung nyawa yang aku tengok semalam . Hehe . Yela , tau nabi . Tapi tak salah kan kalau kita ikut sunnah nabi . Dapat pahala lagi . Kalau la semua orang berfikiran macam tu , habis orang yang sentiasa memaafkan ni korang nak anggap mereka nabi ke ? Memang sesat lah kan . Sebab tu aku jadi tak berapa berminat kalau orang nak mintak maaf beriya iya w/pun salah nye alahai sikit je pun . Chill lah . Aku tak kejam pun . Kalau kalau la aku ada menyakitkan hati sesiapa , aku mintak maaf okay . Tak kira sama ada salah aku buat tu dalam aku sedar ke tak . Aku tahu dalam gurauan aku mesti ada jugak terasa sikit kan . Mintak ampung yaa . XD



R.I.N.D.U. ! Bunyi je jiwang tapi tak pun . yes , aku rindu . Rindu kawan pun salah ke ? Mengaku je la kalau aku rindu tak segan silu langsung nak bagitau yang "hey , saya rindu awak " . Tak kena bayar pun kan . Hehe . Sakitnya hati sebab rindu sampai tak boleh nak lelap mata . Yang mampu cuma bersabar dan tenangkan diri . Tapi degil jugak nak cakap rindu rindu rinduuuuu ! Over nye aku . :3





Okay sayang . Acane eh ? Kalau tetiba cakap sayang pun orang tak suka . Bayangkan kalau kot kot dah tak sempat nak cakap sayang tak ke rugi camtu . Biasa cakap sayang kat boipren/gerpren boleh pulak . Aku cakap sayang sesama jantina pun nak pertikaikan . Ingat aku ni musahaqah ? Ohhh please . I'm straight . Pasal prinsip aku "kalau dah sayang satu maknanya satu saja" , aku rasa ada yang tersalah faham mungkin . I mean I did love someone at once in a time . Paham dak ? Kalau kau la kan sanggup tak sayang orang yang entah betul tidak dia sayang kau ? Sanggup tunggu lama ? Consider la sikit pada diri . Tak payah jadi bodoh la . Setia pada yang sayang kau sudah la . Jangan gedik gedik tunggu apa yang tak pasti . Sanggup tunggu beribu tahun konon . Geli tahu . Dan aku berasa fed up bila aku cakap sayang tak dibalas . Terasa buang masa nak tunggu lama kau cakap sayang aku lebih baik aku sayang orang lain . And I am done with it . Tu la orang cakap sayang kena ungkap kalau tak cemana orang yang kita sayang tu nak tau . Haa yedak . Macam macam la aku ni bajet pro sangat . Haha .





#teringat kata kawan aku yang aku sayang sangat sorang ni , "perasaan memang tak boleh nak paksa" . Memang ya . Ego tak bawa kita ke mana . Macam biasa , aku minta maaf kalau kalau apa yang aku tulis ada sesiapa terasa . Aku tahu kekadang sikap terbuka aku membuatkan orang rasa aku memberi harapan baru . Tak sebenarnya . Cuma aku taknak di label sebagai sombong . Being opens made me happy as u're happy too .

Wednesday 9 January 2013

Pengalaman Ber-asrama #SP



Hati punya giat terloncat loncat bila dapat lappy . Yelaa . I just keep using my phone before . Sebab adik aku gediks main game sepanjang masa . Done merepek . Jap lagi ada la yang naik muntah . Ok over . So so soooo . Pengalaman berasmara berasrama . Since five years aku tinggal kat rumah kedua tu , sumpah memang syiok gila bahhh . *gilakau .


SPian

Dorang ni memang pelik pelik belaka . Memang dah Allah ciptakan lagutu . Sesetengah ada kuat tacing melampau . Lempang nak ? Ada yang suka jadi pak turut la mak turut la habis belaka kau nak turut ye ? Ada tu yang jenis memang dia ni kalau bercakap semua dia nak over kalau boleh semua nak lebih . Cepuk kang baru taw tinggi rendah langit . Pada pandangan aku la , hidup ni takpayah nak duk buat sedap sangat lah nanti mati dengan kain putih jugak . Haaa yedak ?


Classmate

Makin lama makin jahanam sebab bebudak kuat main . Entah hapa hapa kowt takda kejadah tak sedar diri . me too . Hehe . Cikgu melenting sikit baru nak sedar . Tudiaaa . Duduk la dalam sch tu , tak jadi kerja . Herannya bila dah habis sch rata rata kepala hotak pakat bijak belaka . I wish it'll happen to me too . Biar bengap dulu nanti bijak semula *sedar diri . :D . Bila masuk kelas lambat , orang lain akan pandang kita macam kita baru lepas mati hidup semula . Ok tu pengalaman aku . Alien kah aku ?


School Event


Kekejaman berlaku bila TERPAKSA menerima award pelajar pasif . Acane tu ? Aku ni bisu ke hapa . Muhasabah semula , oh patut la . Rata rata game yang ada aku duk tengok saja goyang kaki . Mood takda . Untunglah duduk asrama . Ada banyak event . Ingat duduk MRSM or SBP je ke yang ada asrama ? Mana mana pon ada la .

Special day macam annual dinner ke majlis jasamu dikenang ke majlis hari raya ke hari guru or anything . *banyak pulak yang 'ke' nyaa . Every year disambut meriah . *bunga api* Hehe . Kalau ada rezeki lebih dapat la makan ayam KFC . Tu pon kalau kepala pemerintah tu baik hati . Yang syiok nya bagi aku , bila tetamu datang ada la yang duk busy prepare band/gift/presentation ke hapa sebab nak raikan tetamu . Best la bila cikgu turut busy . Nak nak lagi bila PM datang . Datang dua tiga jam je pun tapi preparation melampau sampai seminggu . Kalau boleh atur cara majlis semua nak kena ikut protokol dorang sampaikan nak tolak troly tu pon ada timing dia . Berat berat. Letih lagi leceh . Untung la kan dah jadi 'orang besar' . 


Seniority

Kalau dulu dulu masa aku form one batch form five 2008 , elok je lagi budaya ni . Sampai ke tahap nak bercakap dengan senior pon ketar lutut rasa . Even dengan budak batch yang sebaya pon masih bagi salam sebab ingatkan dorang ni senior maklumlah masing masing tak kenal lagi masa tu . Tapi sekarang beza yang amat . Junior makin kwahajo . Makin ditegur makin melampau . Bercakap dengan senior pon takda langsung nak berlapik ke hapa . Gampang kan ? Walaupon aku ni baik cemana sekalipon tapi sebagai senior , aku terasa .


Darurat

Stay asrama bila air takda normal la . Ini sibuk duk report sana sini . Gedik bagi alasan konon tak larat angkut air la itu la ini la . Manja namanya . Aku yang cenggini boleh je angkut angkut semua tu . Bila dah terpaksa , semua lebih baik redah je w/pon terpaksa tak mandi pagi . Based on my experiences , ada la sekali tu aku terpaksa tak mandi pergi sekolah dan sempat cuci muka berus gigi je . Dah form five pun . Kantoi dah kan . Rahsia mampu dipegang selama ni . Hehe . Nak nak lagi jenis yang bangun lambat macam aku ni memang padah la . Dengan pagar dah kunci so lalu ikut belakang . Kalau semua pintu kunci agaknya panjat pagar la kan . XD .


Ponteng

Haa yang ni memang tak terlepas . Ponteng sana sini . Kerja nya asyik nak ponteng jaa . Ponteng kelas , ponteng prep , ponteng kem motivasi . Semua aku dah merasa . Masihku ingat lagi , KENANGAN BELAKANG BENGKEL TK bersama roommate aku . Haha . Datang sekolah lambat satu hal dah tambah lagi dengan ponteng perhimpunan . Ok aku benci perhimpunan tau . Terkejut punya rasa bila kantoi . I cant remember with whom . Pehhh . Nasib baik sempat lari . HAHA . 



Langgar Disiplin

Aku rasa kalau setakat fly + bawak fon tu biasa dah bagi semua . So takde ape sangat kowt yang ni . Masa hujan masa tu la paling aktif . Orang lain meringkup dalam selimut macam tenggiling tapi ni kejadahnya mandi hujan tak kira ribut petir . Kononnya la sebab hujan rahmat malam jumaat . Langsung tak hiraukan orang sampai warden snap gambar pon tak perasan . Sedar sedar nama kena panggey masa perhimpunan rasmi . Bodoh la kan kalau nak cakap bangga .


Berjemaah

Makan sama sama , tido se-tilam , mandi sekali (lain lain shower ah) , buat dosa pon kalau boleh sama sama . HAHA. And the most important , praying together . Biarpun kena rotan depan semua . I miss that so much much . Heee . 


Spiritual

Tipu lah kan kalau nak cakap sekolah aku je yang ada semangat beria macam ni . Hello ! Sekolah lain pun ada jugak ok . *suara kedengkian tak puas hati . Duduk lah mana mana sekalipun memang ada . So bagi aku sejak duduk asrama ni semangat tu semakin kuat la . Semangat setia kawan la senang cerite . Kawan susah sikit kita tolong . Even kawan merajuk ngan bf/gf memasing pon tolong . Caring tak caring tak ? Hehe . Tapi kalau dah dapat kawan yang jenis selfish tu agak ah . Kena cepat cepat tinggal . Baru dia sedar dia siapa . Sebab tu nak duduk asrama kena pandai pilih kawan . Setakat ni aku berkawan , semuanya baik baik belaka . ouh yedak ?  Aku tak pasti la . Entah entah ada musuh dalam selimut kita taktaw . Asalkan dia puas . Bagi aku semua kawan rapat aku berguna . Aku je yang agak macam haprak sikit . XD . Kalau apa apa mesti dapat aku join sekali . Untung kan . Ni rezeki namanya bila berbaik dengan semua orang . 



Gelaran/Ejekan

Nama mak abah aku dah bagi , aku ingat muka aku ni memang dah takkan ada nama lain . Rupanya aku silap . Dulu dulu masa sekolah rendah , ejekan pada aku---osman kering ! Ishh . Kwahajo tak rasa ? Nasib baik la tak terbawa bawa sampai SP . Lega tau lega .  Since form four ke form five entah aku tak berapa ingat sangat , patut ke orang DM panggey aku wardina . Retis tuu . Sampai kan terbawa bawa ke pengetahuan Mr.Jack Sparrow . OMG . Nasib baik takda guys yang tau . Malu lah toyol . Tolonglah berpijak di bumi nyata . Hehe . Bebudak laki batch aku , dorang ni kalau sebut nama panjang aku cakap tak kenal . Tapi bila tanya "kenal cekpoh dak ?" . "Haa yang tu kenal" . Terpaksa la terima kenyataan . Sebab tu jugaklah aku bermasalah sikit bila orang tanya nama aku . Peringatan kepada parents yang baru dapat baby , lain kali letak nama anak sepatah perkataan je ok . Senang nak panggil nama . Sesuka hati aku je kan . Hehe . 

# Tu je kot . For you ustaz Amran + ketua warden + GPK HEM , I miss your QB's voice (motor je pun) and also thanks bcs kejutkan kami semua masa subuh . Asrama memang best . Asrama mengajar kita menjadi manusia bertamadun . And the lastly , sorry kalau ada ada yang terasa ke hapa takpun aku typo kat mana mana . I'm proud to be SPian . So aku harap la SP dapat kekalkan sekolah kluster tu . Buat malu je sekolah angkat PM sendiri jatuh kedebukkk . Ok aku over . Tapi tu la yang membanggakan . Peace ;) Adik adik junior, jom masuk SP ! . W/pun SP ni takde la setaraf MRSM or SBP, SP cuma sekolah bestari + sekolah rancangan khas + sekolah kluster je pun tapi kemudahan dapat berlambak sampai tak terguna. Betapa baiknya PM kita sumbangkan macam macam. takda percampuram politik ok. :))










Tuesday 1 January 2013

Top Ten Momentos of '12 #SP



First day of 2013. first entry for this year. what'll be the first more ? no comment. ok serius nak cakap, dengki. yes, dengki. niat nak tulis last entry on 2012 berkecai kecai macam kaca jatuh ke batu. *sastera kowt aku*. semuanya sebab adik aku yang macam bangang ni duk online memanjang sampai lepas subuh baru nak tido. kwahajo. hoii agak agak ah. report mak kang baru taw. cehhh. kedengkian melampau. :p

Normal lah budak hostel memang suka buat hal. oh nom nom nom nommm.

start tahun baru ni aku terfikir jugakk laa macam macam menda dah kott aku lalui sepanjang tahun lepas. #tahun 'hari semalam'.




so, here it's ::


1.Kena jumpa GPK sebab merungut nak tukar kelas. first week nahh. melecehkan. buang masa free aku. takpe la dah lepas kann. jumpa miss  Edi(GPK1) berejam rejam. dapat motivasi free lagi. punya laa nak yakinkan aku kann. apa apa pon, aku dah lega sebab sekolah dah habis and aku pon tak perlu berusaha sebab nak elak kena hentam dengan cikgu yang selama ni tak habis habis nak push bebudak. mak aihhh. lega ! hehe.

2.Surprise birthday kawan sama sekolah rendah dulu. Idea aku, support perabis. tak jahat tak kejam. cuma nak bagi merasa makan tepung je. then balik rumah masing masing dalam keadaan sisa tepung berterbangan. tak nafikan memang ramai yang pandang. and I terasa hotsetappp kejap masa tu. :D

3.Terlibat secara langsung dalam pertandingan bahas. maigaddd. kalau tahu awal awal akan terlibat secara langsung memang kompem takkan join. +++ join kem koreksional peringkat negeri. Memang terbaik lah. Masa tu la aku kembali menagis. Where i created a lots memory + experiences.

4.'FLY' (bahasa budak asrama kowt. kepak datang dari mana taktau la camna boleh terbang :p)---that's normal. tak boleh blah sebab kantoi sampai Big Boss kena datang sekolah hantar surat mohon maaf. sorry abah. lain kali tak buat dah *sekolah dah habis pun

5.Mandi hujan secara berjemaah di dataran aspuri. Dengan free hair lagi. kalau ada budak laki nampak tu agaknyee memang rezeki demoo la. but I wish not.

6.Add math berjaya mencapai tahap credit. Alhamdulillah ;)

7.Kena simbah air ber-baldi baldi oleh bebudak yang tak bertanggungjawab. naiya aku kena mandi awal. actually masa tu birthday aku. so, tak marah sangat la cuma terasa nak hempok je dorang ni. apakah itu ?! haha

8.Sekali lagi, dengan bangganya nak bagitahu bila dapat kenakan bestie(wanie) yang sorang ni. aku balas dendam balik. my idea again. puas hati ! hehe. tak mampu nak support bebarang sebab kekangan berada di asrama. dengan adanya bantuan luar oleh ma pqah, telur kambing + tepung again berjaya diseludup masuk. It's working. w/pun time tu birthday girl puasa tapi hasrat yang membuak buak ni nak jugak buat. fake acting by fyzah *dy memang actress terbaik sejak dari sekolah rendah lagi. semua bertempiaran lari keliling bangunan sekolah even masa tu bebudak ramai menuju balik lepas habis kelas prep petang. Imagine wanie lari lari dalam keadaan tepung + telur berlumuran kejar mangsa depan ramai budak. sekali tengok ada gaya monster. HAHA. last last aku kena telur tepat kena thoracic vertebrae aku yang no. 6 . yekot. :D gila perit. trauma sampai bila bila. telur ayam tu keras macam batu. 

9.Makan penampar kedua dari ketua warden (penampar sulung dia kawan aku yang dapat). nasib baik tak ber-wudhuk lagi kalau tak batal ayer smbhyang aku. BERGEGAR KEPALA HOTAK aku sekejap. buat naiya je sebab aku yakin aku tak salah. dah nasib aku tak sempat explain apa apa. penangan dia..pehhh. 'kemas gila'.

10.Yang paling penting, guwa sudah cuci tangan dalam bab bab cinta kepada insan yang bergelar lelaki. *ocehhh. tahniah kepada diri sendiri. hehe







Top ten je laa yang termampu disenaraikan. agak lah kalau list semua memang tak terbaca la kan. may all the sweet memories never die. :D