Monday 29 August 2011

datang jugak akhirnya =)

when raya is coming . .
happy laa yer..beringat laa kpd yg tak berkemampuan . ada yang beraya disebalik tirai besi, beraya tika diri disisih keluarga dan masyarakat serta bermacam lagi ragamnya..bersyukur dapat lagi merasa raya tahun ni. alhamdulillah, thanks Allah !
bila tgk di face-b, rmai sgt laa nk wish2ing psl raya . mls nak ikut campur nnti semak jdnya..so,,,dikesempatan berbELog nih saya juga nak minta maaf ! mna laa tau kan klau ada yg nk tak puas hati ke ape..klau sy ade tersalah, tegur2 je laa sy dr terus melakukan kesilapan . kepada yg berkenaan, sy mintak tolong laa sgt2..klau merasakan kehadiran diri anda dlm kehidupan sy akan membuatkan saya pening kepala---jauh kau dari sini ! jgn kecewakan saya klau sy da baek dgn kamu . chewah~~mengada-ngada pulak disini..out !
selamat berhari raya & hari merdeka !

confuse sebentar ?


  • someone antar petanda kt fb . sekadar menerima . pending + blurr = ?
    difikirkan sekadar maen2 . diri sendiri tak tau ape status kami skrg . .


    ape laa aku nak jwb klau dea tnya siapa dea pd aku ?
    sekalipon aku takde jwpn tuk soalan tuh, aku harap dea fhm perasaan aku .
    ceyh . mengada-ngada pulak aku ni . seperti yg selalu diperkatakan org,
    tak baek klau kita kecewakan orang . merhargai selagi hayatnya ada .
    tp aku ?
    tak sangke perangai aku yg gila2 mcm ni spt memberi harapan blek .
    sorry sikit, takde niat pon . klau da syg tuh syg je laa kan . takkan laa
    nak tipu diri sendiri kot . aku ke ?
    hish ! tibe je . secara jujurnya aku sendiri tak pandai nak tafsirkan apa
    yang aku rasa~


Budaya Yang Semakin Menjadi-jadi

bila filem kl gangster arahan shamsul yusof semakin famous, makin byk laa budaya yang terbawa-bawa keluar oleh semut2 remaja zaman sekarang . hadoii,,antaranya>>


1st(dialog dlm sebuah keluarga)::

Apabila Kanak2 Terpengaruh Cerita KL Gangster (:

Mak : aiman ! Diam la . Adek tengah tido nie !
Aiman : lu kasi gua mati dulu lah bru gua diam !
Ayah : aiman ! Nie mak kamu tau tak !
......Aiman : sekarang gua x kira lu abg long ka , lu ayahda ka , ni kl gua pegang !

Aiman : mainan ni abang punya lah , bak sini mainan abang !
adik : abang x abang ! sape kacau aku pecah !
 



2nd(trailer movie kononnya) :: 


#haish . macam2 laa budak2 zaman skrg . mudah sgt terpengaruh dgn cerita yg ditayangkan !



Sunday 28 August 2011

what's on my mind ?


balek umah perkara yg menyeronokkan dpt bermain ngan kuceng yg terlalu hyper active. siap dpt signature kuceng free lg . pedih~calar .




  • abg offer ajar drive buat kali ke-2 !    seronok, tuhan sja tau . klau aq tak bljr nnti kereta yg lbih takkan nak biar tersadai kat umah je kot . syok laa dea ary nih dea p amek kereta kt kl. hamboi3 ! dea yg rasmi dlu . ha, tahun depan sapa pulak nk rasmi ?


kenapa blogger perempuan lebih ramai dari blogger lelaki ?

Sekilas pandang, manakah lebih ramai. Blogger perempuan atau blogger lelaki.?
Blogger mana yang aktif menguasai ruang maya.? Lelaki atau perempuan.?

Kalau aku, memang akan aku kata blogger perempuan lebih ramai daripada lelaki, dan blogger perempuan juga yang lebih aktif berbanding lelaki. Hendak kata ukuran tu, aku tiada ukuran yang tepat dengan nilai kuantiti. tetapi cukuplah berdasarkan pemerhatian sepanjang aku berada di alam maya ini.

Dan juga aku ambil screenshot dari 3 blog aku berdasarkan followers (thnks kepada semua followers aku.:), yang mana agak jelas menunjukkan blogger perempuan lebih ramai berbanding blogger lelaki pada sekilas pandang.
Mungkin persoalan sebegini boleh dilontarkan.
Kenapakah blogger perempuan lebih ramai berbanding blogger lelaki.?

Aku bagi beberapa point yang aku pikirkan.
sesiapa yang ada pendapat lain, digalakkan untuk berkongsi pendapat anda.
Mungkin anda ada point² lain.:)

Berikut 4 point yang aku pikirkan.


1.Perempuan lebih celik IT.

Apa yang aku maksudkan perempuan lebih celik It adalah perempuan lebih banyak terlibat dengan dunia internet. Antara sebab kenapa perempuan lebih terdedah kepada dunia It adalah, perempuan lebih banyak yang berada 'level' purata yang lebih tinggi berbanding lelaki. contohnya perempuan lebih ramai di IPT atau di kebanyakan bidang sekarang ini.

Apabila level seseorang itu tinggi, kemungkinan untuk terlibat dengan dunia internet adalah tinggi. Walaupun terdapat pelbagai cabang dalam dunia internet ini, tetapi salah satu daripadanya adalah blogging. Dan kuantiti blogger sekarang ini dikuasai oleh blogger perempuan.:)


2.Perempuan mempunyai lebih banyak masa.

Masa setiap orang adalah sama 24 jam.:) Apa yang aku maksudkan adalah perempuan biasanya mempunyai lebih banyak masa untuk mengadap internet berbanding lelaki. Contohnya, apabila habis waktu kerja/belajar lelaki lebih suka lepak atau buat aktiviti lain. Perempuan pula lebih suka berada di rumah/asrama. dan aktiviti dorang masa ini, sembang sikit, gosip sikit, blogging, baca novel.So peluang untuk perempuan berblogging lebih tinggi.

Itu belum masuk lagi dengan suri rumah sepenuh masa. kalau suri rumah yang tahu bab blogging ini, aku rasa kalau sudah siap kemas rumah, memasak, mandikan anak, jadi masa lapang mereka adalah berblogging.

Kalau lelaki mungkin mereka lebih kepada aktiviti luar. Contoh macam aku, balik kerja sudah plan malam hendak lepak kat mana. itu ini lagi. Balik kalau ada masa online sekejap. Sebab itu entri jarang² sekarang kot.:).

3.Perempuan suka berkongsi sesuatu.

Perempuan sifatnya suka berkongsi cerita, tidak kira kisah suka atau duka. Sebab itulah biasa untuk kita jumpa blog perempuan yang bercerita tentang kisah kehidupan sehariannya. Tidak kira sedih atau gembira atau pelbagai kisah lagi. Agak kurang kalau lelaki. Lelaki jarang hendak cerita apa yagng berlaku, lagi-lagi online.:)

Disebabkan sifat perempuan suka berkongsi perasaan mereka, blogging adalah salah satu medium untuk mereka. Sebab dahulu mungkin luahan perasaan dilakukan dalam diari fizikal, sekarang diari maya.:)
Ini secara tidak langsung menambahkan lagi bilangan blogger yang ada di alam maya ini.:)

4. Tarikan kawan-kawan.

Aku rasa mungkin perkara ni sedikit sebanyak mempengaruhi juga. Kawan dia ada blog, dia pun ikut hendak buat blog. Walaupun mula-mula macam tidak mahu, tetapi pujuk sikit, buat la juga. Isi kandungan kemudian cerita yang penting ada blog dahulu.:)

Kalau lelaki, aku rasa macam jarang sikit terpengaruh dengan ajakan member untuk berblogging. Kecuali kalau betul-betul yang ada menarik perhatian. Sebab aku katakan tadi, mungkin lelaki lebih berminat kepada aktiviti fizikal (outdoor) berbanding mengadap pc/laptop dan menaip entri.

BONUS.
5. Blogging = Hobi Perempuan..?

 

--------------------------------------------------------

Percaya atau tidak:

Walaupun blogger perempuan lebih ramai, tetapi ramai yang pakar bab blogging/IT ini adalah dari golongan lelaki..:)

artikel from iluvislam.com

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..



Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..




paa.alip.siin.lam raa.alip.yaa

entry kali ni, cekpoh tak tau laa nk kasi tajuk ape .trying to give the best !
*tiba2 sengaja nk menggedik . tak pe, bkan selalu .=p
bercakap pasal raya ?
--semua sibuk2 ucap 'slmt hari raya' . haish, lupa dah ke yg kite ade satu lg hari bsar . hari merdeka !  
semangat patriotik laa sikit . ceyh~haha .
okayy, sempena raya tahun ni cekpoh raya kat pahang je . mak mls blek kg . nk merase raya di rumah sndri pulak . bese laa tuh maen tukar2 angin .
dialu-alukan dtg beraya ke rumah !
*bkan setakat pintu dibuka luas, nnti abis semua tingkap umah akanku bukak skali .

no komen laa psl raya . klau ikutkan takde bju tahun ni sbb terlalu malas untuk memilih . leceh laaa . ha, ni laa yg slalu mak ayah aku nak kaitkan psl aku .
"cube2 laa kakak pkai bju kurung, nmpk anggun". bese dah tu dengar .mak nk tgk aku jd perempuan melayu yg betul2 melayu je . tp ade betulnye jgak . sbb ?
time raye tahun lpas ayh aku langsung tak perasan yg aku ni ank dea . ye la, berbaju kurung . nseb baek adik aku ade nk tunjuk kt dea yg ini laa aku . ehemms !
abah oh abah . .





last puasa ramadhan di sekolah

hmm . menceritakan hari last puasa di sekolah ingatkan boleh nak bersenang-lenang lpas ni . tp rupanya tidak !
nnti naek cuti raya ade lg puasa, iaitu puasa enam yg mewajibkan satu sekolah menyertainya . jdnya ni laa peluang aku untuk beramal . sapa2 tak nak posa pon tak pa . tp tak rsa rugi ke ?
yg jd malas nye, sbb ?
  1. nanti kna bangun awal2 untuk p sahur 
  2. jemaah subuh di surau (SOMETHING BEST . NIH YG AKU SUKA)
  3. kelas fajar ! ->> membuta laa pagi2 aku nnti seawal 6.30am 
tiap2 hari terpakse memekakkan telinga dr mendengar alarm yg ckgu amran (kami pggil dea Jack Sparrow)  sudah set kan masenye . tmbh2 lg bilik sblh tangga . mna tak kuatnya dgr . :(
lantak p laa . layan je laa . 

::saat2 terakhir di sekolah sblm raya ::



#ptg khamis
  --waktu prep dihabiskan sepenuh masa dgn tido !
     org blik asrama baru nak bangun dan terus-menerus bukak buku tuk siapkan kerja sklh.
     senonoh punya perangai . lbih kurang 10 minit lpas tuh, aku didatangi seorang hamba Allah ni .                     AstaghfirullahalAzim . naseb baek aku da bangun mase tuh . klau tak kantoi laa nnti aku tido . ~wktu tido yg cun~
     mula2 nk bercakap,tah mnda ape yg dea ckp pon aku tak dgr . sekadar meng'iya'kan sja . maklumlah nak      jga  hati org tua .hehe . maaf ya ! 
da lame ckp2, aku jd tak tentu arah .. kjap duduk kjap bangun . maen2 lilit langsir . haha
rasa mcm budak kecik yg nak nanges sbb tak dpt gule2 . malunye . tuh laa, aku mne biase ngan lelaki lam hidup aku . yg ada cuma abh & adik-beradik je . selain itu, minta maaf saya tak pndai layan . harap dapat terima saya seadanya okayy . 

#pagi jumaat
--mjlis khatam Quran diadakan . tgk je laa ape yg ade . rase mengantok pon ade . ish tak baeknye . ambik kje sklh, siapkan sikit2 . itu yg terbaek . lpas habis, ade ucapan . boring ! ckgu mcm baca teks je . blaablaablaa~
--salam raya bersama ckgu . waktu terbaek, dpt duit raya . pdhl da dpt dr ckgu azami time kemas kelas pg tuh . syg ckgu ! dea mmg tak kedekut . seorang ckgu yg otai2 g2 . klau dea ada semangat je baru msuk kelas . klau tak, dea tggalkan kami di bilik simulasi . tp BM ttap 'A' !
eh,eh,eh . yg aku nak fokuskan bukan haq ni . tp nih dea~
--dalam2 kesibukan org laen beratur untuk salam ckgu, tiba2 ada budak peluk aku dari blkg . ingtkan sapa, budak SISP (sekolah indera shahbandar pahang) rupanya . budak ni laa..nseb baek mood aku okayy . bila toleh blkg, tgk budak tu mcm malu tp dy wat mcm kenal aku . aku ? terseyum sendiri .
haha . tgk blek, ilang pon budak tuh . malu kott nya .
tgk orang laen, menangis . aku ?
happy je . org ckp aku takde perasaan . aaaa,,bia lah . ajar la sy mcm mna nk nanges !



*pnat je kan tulis klau membosankan . sekadar berkongsi cerita sja . next posting !

Saturday 27 August 2011

yang harus diperkatakan

BOY bertanya kepada GIRL.

BOY : maaf , tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?

GIRL : encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul . semoga selamat sampai ;)
*sepatutnya beginilah cara hidup Islam yg sbnar . berlandaskan ajran Allah .